Sunday, November 20, 2016

Jalan-Mati

Pagi tadi terserempak dengan kematian di jalanan.

Pagi ahad,
pagi yang tenang,
tak ada ribut,
tak ada taufan,
nyawa si polan dicabut.
Apalah yang agaknya difikir si mati sebelum mati? Keluarga? Uwang? Harta? Atau mungkin juga
mahu jadi paling juara di lantai kelabu tar? Entah. Siapa pun kau. Moga kau tenang di sana.

Wednesday, November 2, 2016

mencintai malam lebih daripada mencintai siang.

ketidakadilan yang berlaku kepada siang kerana takut untuk melepas malam.
dan aku terlupa yang keduanya adalah dua peristiwa yang patut disambut dengan gaya dan cara yang berbeza.

siang,
maafkan aku.
akan aku pujukkan mata untuk pejam
supaya nanti di awal sedarku,
mataharimu yang pertama sekali mengucap selamat.

malam,
bantu aku untuk berbahagi rasa,
pujuk hatiku untuk percaya
akan hadirmu lagi selepas siang
dan rembulanmu berjanjilah
untuk setia meneman di lena tidur aku.

"siang dan malam,
aku mahu mencintai kamu dua-dua seadilnya", kata mata yang masih belum pejam. heh.


02112016
6:08 pagi
rumah/ depan komputer