Wednesday, November 30, 2011

benci

oh alangkah bagus kalau dunia tiada kebencian..


kerna sekali diri dihurung benci
selamanya rasa itu terpatri.


dan sekarang aku mahu cakap
sila pergi mati!

Tuesday, November 29, 2011

kering

aku perlu
lipbalm atau vaseline
untuk disapukan
pada bibir
yang hampir kering
kerna terlalu sering
mengucap 'terima kasih'.

Thursday, November 24, 2011

ambil

Tuhan,
jika ini rasa yang ingin Kau beri,
aku bukan mahu pinta lebih.
cumanya aku berharap,
Kau tak ambil balik,
apa yang telah Kau beri.

aku ini hamba lemah,
dan Kau maha tahu itu.

Monday, November 21, 2011

cinta

tolak ketepi
segala material
dan lihat
yang lebih berharga
itu namanya cinta.

Saturday, November 19, 2011

gugur

jantung
terlalu selalu
gugur
dengan kata-kata kau.

sweetness!

secret heart

Thursday, November 17, 2011

perlahan

angin
tolong
tiup perlahan
tak sanggup
layang-layang aku
lepas lagi.

Monday, November 14, 2011

masih

dalam sesat-sesat
Kau masih bagi sayang.

terima kasih Tuhan.

11.11.11

dan aku catitkan
hal ini 3 hari selepasnya.

362 hari mendatang.
ditemani 1001 cerita.
moga tuhan permudahkan segala.

Wednesday, November 9, 2011

janji

janji meneman sampai mati.
itu yang terpaling manis.

terima kasih.

Saturday, November 5, 2011

tangan tuhan

tuhan
cipta dunia
manusia
cipta apa?
setakat cipta isu untuk bikin orang celaru.
sekali tuhan angkat tangan.
pastinya seluruh bumi terdiam.

usah bising-bising lah.
serabut.

lagu

kipas.
kekunci keyboard.
angin.
sesekali bunyi kucing.
selang seli salakan anjing.

dan biarkan ia terus berlagu.

Thursday, November 3, 2011

berkabung

berkabungnya bintang-bintang di langit
bertemankan awan-awan hitam.

menanti pagi
tibanya sang matahari
mencerah alam hiba.