hey,
semalam aku menangis
teringatkan kamu.
Hope you are doing fine there, dear.
Monday, August 31, 2015
Sunday, August 30, 2015
Cengkam
ajarkan
ajarkan aku
untuk melupakan
rasa
kata-kata
cinta
dan segala memori
yang masih melekat kuat
tebal
mencengkam
segala isi dalamku
ajarkan
ajarkan
ajarkan aku
untuk melupakan
kamu.
liszakaria
30 Ogos 2015
2:46 pagi
rumah
Saturday, August 29, 2015
If You Want Extraordinary Love, You Need To Fight For It
Whether it’s with some cool new person or back into the arms of the person you left, you won’t ever have to question whether or not you should be with them.
Monday, August 24, 2015
Friday, August 21, 2015
maha suci Tuhan ku yang esa.
pernah tak, kau duduk diam sejenak, dan fikir,
"apalah yang telah aku buat sehingga Tuhan beri nikmat dan rahmat yang terlalu banyak yang tidak kau sangka?"
sedangkam kau tahu kau seorang pendosa.
terima kasih Tuhan.
liszakaria
21 Ogos 2015
rumah/ depan komputer dan masih tak percaya.
"apalah yang telah aku buat sehingga Tuhan beri nikmat dan rahmat yang terlalu banyak yang tidak kau sangka?"
sedangkam kau tahu kau seorang pendosa.
terima kasih Tuhan.
liszakaria
21 Ogos 2015
rumah/ depan komputer dan masih tak percaya.
Thursday, August 20, 2015
Ya Tuhan
Tuhan,
tolong kuatkan aku
cuma Engkau dan ruang ini tempat aku mengadu.
Tuhan,
beri kekuatan pada dia
cuma Engkau yang boleh aku minta untuk menjaganya.
liszakaria
20 Ogos 2015
rumah/depan komputer
tolong kuatkan aku
cuma Engkau dan ruang ini tempat aku mengadu.
Tuhan,
beri kekuatan pada dia
cuma Engkau yang boleh aku minta untuk menjaganya.
liszakaria
20 Ogos 2015
rumah/depan komputer
Tuesday, August 18, 2015
jeritan sepi
dia gadis
wataknya
sedikit kasar
berdikari
ringkas
teman perempuan boleh dibilang jari
lebih ramai teman lelaki disisi
dan dia juga seorang gadis
yang jauh di sudut sanubari
mahu dicintai seorang lelaki.
liszakaria
18 Ogos 2015
rumah/ depan komputer
wataknya
sedikit kasar
berdikari
ringkas
teman perempuan boleh dibilang jari
lebih ramai teman lelaki disisi
dan dia juga seorang gadis
yang jauh di sudut sanubari
mahu dicintai seorang lelaki.
liszakaria
18 Ogos 2015
rumah/ depan komputer
Papa
papaku sudah tua
giginya sudah hilang satu persatu
diganti dengan gigi palsu
papaku sudah tua
tua bersama-sama aku
yang tak lama lagi bakal bertambah usia
papaku makin tua
bila makannya
usah yang keras-keras
perlu yang lembut-lembut
yang dicarik halus
papaku sudah tua
kulitnya berkedut
kakinya kering dan rapuh
papaku sudah tua
dan sehingga ke hari ini
aku masih belum mengenalnya.
anakmu
liszakaria
18 Ogos 2015
rumah/ depan komputer
giginya sudah hilang satu persatu
diganti dengan gigi palsu
papaku sudah tua
tua bersama-sama aku
yang tak lama lagi bakal bertambah usia
papaku makin tua
bila makannya
usah yang keras-keras
perlu yang lembut-lembut
yang dicarik halus
papaku sudah tua
kulitnya berkedut
kakinya kering dan rapuh
papaku sudah tua
dan sehingga ke hari ini
aku masih belum mengenalnya.
anakmu
liszakaria
18 Ogos 2015
rumah/ depan komputer
Friday, August 14, 2015
menemui sang albatrossku yang bebas di angkasa
hati terbeban rindu dan mata berkaca
jemari ringan mahu mendail nombormu yang aku ingat samar-samar di hujung ingatan
bukan kerana mahu melupa
cuma sekarang otak aku sudah sedikit malas
aku batalkan niat demi bahagiamu
membiar kamu melepas pergi
dan ketahuilah
sehingga ke harini
kamu itu ada di mana-mana
di dudukku
di jalanku
di makanku
di tidurku
sambutlah rindu-rindu aku yang dibawa angin malam
moga satu hari nanti kita dapat bertemu melunas bicara dan janji yang belum tertunai
'esok, lusa, tulat,
sehingga ke akhirnya.'
p/s: rindu kamu.
liszakaria
14 Ogos 2015
1:06 pagi
rumah / depan komputer
jemari ringan mahu mendail nombormu yang aku ingat samar-samar di hujung ingatan
bukan kerana mahu melupa
cuma sekarang otak aku sudah sedikit malas
aku batalkan niat demi bahagiamu
membiar kamu melepas pergi
dan ketahuilah
sehingga ke harini
kamu itu ada di mana-mana
di dudukku
di jalanku
di makanku
di tidurku
sambutlah rindu-rindu aku yang dibawa angin malam
moga satu hari nanti kita dapat bertemu melunas bicara dan janji yang belum tertunai
'esok, lusa, tulat,
sehingga ke akhirnya.'
p/s: rindu kamu.
liszakaria
14 Ogos 2015
1:06 pagi
rumah / depan komputer
Monday, August 10, 2015
biasa yang tak biasa
di setiap tebal hati
mahu melangkah pergi
di setiap kali itu
kamu datang
apakah ini suatu penyeksaan
yang perlu aku dan kamu lalui?
satu fasa biasa yang perlu dihadapi setiap pasangan bercinta?
liszakaria
10 Ogos 2015
1:41 pagi
rumah
mahu melangkah pergi
di setiap kali itu
kamu datang
apakah ini suatu penyeksaan
yang perlu aku dan kamu lalui?
satu fasa biasa yang perlu dihadapi setiap pasangan bercinta?
liszakaria
10 Ogos 2015
1:41 pagi
rumah
untuk kamu yang sedang dikejauhan sana
aku ingin sekali
terlalu ingin
mendengar suaramu
terlalu rindu.
liszakaria
10 Ogos 2015
1:39 pagi
Rumah
terlalu ingin
mendengar suaramu
terlalu rindu.
liszakaria
10 Ogos 2015
1:39 pagi
Rumah
Subscribe to:
Posts (Atom)