Wednesday, June 29, 2011

batu

kemana hilang jiwamu wahai insan?

hatimu bagai batu yang tak terpecah dek hempasan air.



dan nyata aku cukup terkesan.


Tuesday, June 21, 2011

apalagi mahu aku buat?

diberi senyum,
dibalas muncung.

diberi maaf,
dibalas senyap.

apalagi yang kau mahu aku buat?
bersujud atas dahi,
mencium pada kaki?

sudah di sebut dari dulu lagi,
kita makhluk bukan sempurna.
punya cacat cela.

sekalipun kau mahu membenci.
khabarkan pada aku punca benci itu.
jangan nanti kau yang rugi.

di sini

aku masih di sini.
dimamah usia.
menipu masa.