Monday, April 25, 2016

gersang

merindui hujan
yang kini jarang-jarang berkunjung
dahulunya peneman siang dan malam
tanpa berpenghujung

merindui hujan
bila bertemu antara kaca dan matahari
terbitnya pelangi
menghias sepenjuru langit

muncul lah kembali
wahai kamu titik-titik kerdilku
memberati awan-awan putih
yang sunyi dan rindu tinta mendung kelabu

kembalilah
kembalilah
kembalilah!


Friday, April 1, 2016

larut

melarutlah engkau
seperti jingga di dalam merah
sehingga tak kenal sifat

melarutlah pergi
seperti ruang-ruang di antara udara
hilang dipantul cahaya

melarutlah
nyah kau pergi 
tak mahu aku akan kau lagi.





4:37 pagi
rumah